New products

Top sellers

Blog Categories

Anak Cerewet Makan. Sebelum Anda Bagi Suplemen Untuk Tambahkan Selera Makannya, Lakukan Ini Dulu!

Posted By: Kevin Tan In: Tips On:

Di akui bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak yang cerewet makan dan hanya makan makanan tertentu sahaja. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh mengakibatkan masalah tumbesaran kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa harus melipat gandakan usaha dalam menangani permasalahan ini. Dalam hal ini, kita hendaklah mengutamakan makanan alami selain daripada pengambilan multivitamin yang mengandungi Lysine sebagai suplemen. Ini antara panduan untuk menangani anak yang cerewet makan. Harap ia boleh bantu papa dan mama di luar sana ya.

 

  1. Tetapkan jadual makan. Tiga waktu hidangan utama dan berselang seli dengan tiga waktu snek. Pilihan snek boleh terdiri daripada buah-buahan segar, biskut dan roti. Elakkan minuman ringan, manis, berjus dan bersusu semasa snek kerana itu boleh menyebabkan anak kurang selera makan semasa hidangan utama.

 

  1. Jadikan waktu makan satu pengalaman yang seronok. Nikmati waktu makan bersama seluruh ahli keluarga. Tutup televisyen dan berikan tumpuan ke arah hidangan yang terhidang di atas meja makan. Kanak-kanak akan jadi lebih bersemangat bila melihat ahli keluarga yang lain juga makan bersama.

 

  1. Kreatif dalam penyediaan makanan. Hidangkan sayur-sayuran bersama sos pencicah mayonis atau buah-buahan dimakan bersama celupan sos coklat. Potong makanan kepada bentuk yang kelihatan menarik. Pelbagaikan warna makanan dalam satu pinggan lobak yang berwarna oren, brokoli yang berwarna hijau dan tomato yang berwarna merah.

 

  1. Perkenalkan makanan baru, tapi satu persatu. Selalunya anak akan mencuba dahulu secubit sebelum dia berani untuk makan makanan yang baru. Jika dia tidak mahu pada pertama kali, cuba lagi beberapa kali sehingga dia mahu merasa. Galakkan dengan bercerita mengenai warna, bau dan rasa makanan itu. Bukan sekadar mengatakan makanan itu sedap. Hidangkan makanan baru itu sekali dengan makanan yang dia sudah biasa.

 

  1. Jangan rasuah. Jangan sesekali menjanjikan aiskrim jika anak anda mampu menghabiskan sebiji epal. Itu boleh mengelirukan pertimbangan mereka. Sebaliknya, tetapkan satu hari yang dibenarkan makan aiskrim dalam seminggu.

 

  1. Libatkan mereka. Apabila sedang membeli-belah di pasar raya, minta mereka pilihkan sayur dan buah dan masukkan ke dalam bakul. Jangan beli makanan yang tidak sihat yang anda tidak mahu mereka makan. Di rumah, galakkan mereka membantu anda membasuh sayur, atau menyiapkan meja.

Comments

Leave your comment