New products

Top sellers

Blog Categories

Jangan Beri Puting Kosong Kepada Bayi, Perunding Laktasi Kata Ia Boleh Ganggu Penyusuan Susu Ibu

Posted By: Kevin Tan In: Tips On:

"Bagilah anak kamu tu puting, asyik menangis je mak tengok dari tadi," gesa si ibu kepada Mira yang baru melahirkan bayi tiga minggu lalu.

Pemberian puting kosong memang biasa di kalangan ramai ibu bapa yang ada bayi. Puting kosong dikatakan penting untuk membantu menenangkan dan mendiamkan bayi yang menangis.

Namun jika anda menyusukan bayi secara eksklusif, pemberian puting kosong adalah perbuatan yang sia-sia kerana ia akan memberi kesan pada kelancaran pemberian susu ibu. Baca penerangan daripada Konsultan Susu Ibu Lunatots, Puan Suraya Ali berkenaan hal tersebut.

Kenapa ibu bapa tak boleh beri puting kosong pada bayi?

Ibubapa yang baru mendapat bayi biasanya akan susah hati bila anak menyusu tak berhenti-henti seolah-olah susu ibu tak cukup.

Kita akan terfikir untuk memberikan bayi puting kosong untuk menenangkannya.

Sebab Pertama #1

Menghisap (suckling) adalah naluri bayi. Sekiranya beliau lahir dalam keadaan yang sihat, bayi akan terus pandai menyusu dengan ibunya.

Tidak ada istilah ‘baby tak pandai menyusu’. Kita sahaja yang adakannya.

Rentak hisapan baby ada dua rentak.

=Rentak yang pertama ialah laju untuk memberikan rangsangan (stimulation) pada payudara ibu.

Walaupun susu ibu terletak didalam kantung susu di payudara, hormon untuk menghasilkan susu iaitu prolaktin dan oksitosin berada di posterior kelenjar pituitari dalam otak ibu.

Rentak yang kedua lebih perlahan dan dalam sedutannya selepas anggaran 5 ke 10 minit pertama.

Sekiranya bayi diberikan puting, dia akan menghisap puting kosong bersungguh-sungguh.

Apabila menyusu dari ibu, bayi akan penat dan menghisap dengan perlahan.

Apabila hisapannya terganggu dengan kehadiran puting kosong, rangsangan mulut bayi pada payudara ibu akan terganggu seterusnya mengganggu pengeluaran dan penghasilan susu ibu.

Sebab kedua #2

Apabila pengeluaran dan penghasilan susu ibu terganggu, bayi akan tidak dapat menyusu dengan jumlah dan komposisi yang sepatutnya.

Ini boleh menyebabkan berat bayi tidak naik dengan baik pada setiap kali check-up.

Apabila ditegur pegawai perubatan, ada ibu merasakan susunya tidak berkhasiat ataupun tidak cukup lalu menambah susu tepung.

Penggunaan puting kosong mengganggu bayi minum susu dengan jumlah yang sepatutnya.

Sebab Ketiga #3

Kebanyakan bayi baru lahir mempunyai sakit kuning (jaundice). Ianya bukan sesuatu yang serius namun perlu dikawal.

Ibu boleh membantu bayi menyingkirkan bilirubin (yang menyebabkan jaundice) dalam darah bayi melalui najisnya.

Bayi yang tidak menyusu dengan baik dari ibu dan leka dengan puting kosong boleh jadi mengambil masa yang lebih lama untuk menyingkirkan bilirubin tersebut.

Penyusuan susu ibu semasa 60 hari pertama mestilah tidak terganggu dengan sebarang puting kosong untuk mengurangkan jaundice.

Sebab Keempat #4

Menangis adalah cara bayi berkomunikasi dengan ibubapanya.

Bayi memberitahu ibubapa perasaan dan keadaannya samada lapar, mengantuk, bosan, sakit dan juga perut tidak selesa.

Bayi yang diberikan puting kosong akan leka dan tidak berlatih berkomunikasi dengan keluarganya.

Ianya situasi yang tidak sihat untuk sebuah keluarga.

Walaupun kita rasa mereka masih kecil, ianya bermula dari hari ini.

Sebab Kelima #5

Menghisap jari adalah keperluan sosial bayi. Potong kuku bayi dengan pendek dan biarkan tangannya bebas tanpa sarung tangan (mitten) untuk tujuan eksplorasi.

Bayi memerlukan banyak sentuhan dan menyentuh dirinya sendiri menggunakan cara menghisap jari adalah salah satu caranya.

Selepas umur 1 tahun, habit ini akan perlahan-lahan berhenti. Berikannya lebih pelukan dan sentuhan.

Menghisap jari juga adalah cara bayi belajar menenangkan dirinya sendiri. Ianya antara skill survival manusia.

Puting kosong menggangu bayi untuk belajar skil ini.

Comments

Leave your comment