Semua ibu mahukan anaknya dilahirkan cukup bulan dengan berat badan yang ideal. Tidak mahu terlalukecil dan tidak mahu terlalu besar. Ini kerana kedua-duanya berhadapan dengan pelbagai risiko. Kalau bayi kecil biasanya tidak cukup bulan. Namun kalau bayi besar apa pula puncanya? Berikut antaranya:
- Salah satunya ialah faktor genetik iaitu jika anda dilahirkan sebagai bayi bersaiz besar, maka bayi yang dikandungi pun berisiko untuk bersaiz bes
- Tahap gula dalam darah yang tidak dikawal dengan baik seperti diabetes sedia ada ataupun diabetes ketika hamil merupakan antara punca kepada masalah yang berlaku.
- Dipercayai turut berpunca daripada etnik di mana wanita berdarah Sepanyol lebih berisiko tinggi.
- Antara lain termasuklah obesiti, indeks jisim badan (BMI) yang tinggi di awal kehamilan, kenaikan berat badan yang terlalu banyak ketika hamil
- Terlebih hari daripada tarikh jangkaan bersalin.
- Tidak terkecuali jantina bayi turut memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi. Kandungan lelaki dikatakan lebih berisiko tinggi untuk bersaiz besar berbanding bayi perempuan.
Comments
Leave your comment